1.49 Tan 'ice' dirampas di Bangkok - Utusan Malaysia

1.49 Tan ‘ice’ dirampas di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 6 Jun – Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) melakar kejayaan besar apabila merampas 1.49 tan ice(crystal methamphetamine) dan 91 kg ketamin di Pathum Thani, utara Bangkok, kelmarin.

Setiausaha Agung ONCB Niyom Termsrisuk berkata polis menahan seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan menemui 100 kg ice yang dibungkus dan dilabelkan sebagai daun teh kering serta 91 kg ketamin di dalam kereta suspek berhampiran gudang di Pathum Thani pada 2 pagi, waktu tempatan.

Pemeriksaan di gudang, mereka menemukan sebuah lori yang telah diubah suai yang mempunyai ruang rahsia untuk menyimpan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis menemukan 1.39 tan iceyang dibungkus dan dilabel sebagai daun teh di dalam petak tersembunyi,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Niyom berkata sindiket dadah itu dipercayai menyewa gudang berkenaan untuk menyimpan dadah tersebut sebelum seludupkan bahan terlarang berkenaan ke destinasi yang ditetapkan.

Susulan maklumat awam, pihak berkuasa melakukan pemantauan ke atas sindiket itu untuk beberapa ketika sebelum melakukan tangkapan dan rampasan semalam, katanya.

“Siasatan awal mendedahkan dadah itu untuk ditransit ke negara jiran sebelum diseludup ke pasaran antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini