Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama - Utusan Malaysia

Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR –  Aksi tidak  konsisten terus menjadi masalah terbesar buat pemain muda negara apabila Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir seawal pusingan pertama dalam kejohanan badminton Terbuka Australia, hari ini.

Perseorangan lelaki No. 1 negara, Zii Jia tumpas 15-21, 21-16, 12-21 kepada pilihan keenam dari India, Sameer Verma.

Kekalahan ini gagal mengulangi aksi cemerlang Zii Jia yang menumpaskan Sameer 21-13, 21-15 dalam pertemuan pertama mereka pada Piala Sudirman di China, bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aaron-Wooi Yik pula kecundang 12-21, 21-15, 15-21 di tangan pilihan kelapan dari Taiwan, Liao Min Chun-Shu Ching Heng.

Kekalahan Zii Jia pasti membimbangkan peminat badminton Malaysia, apatah lagi dia menjadi sandaran untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Cabaran Malaysia dalam kejohanan Jelajah Dunia Super 300 itu bagaimanapun diteruskan oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan Yeung Ming Nok-Yeung Nga Ting dari Hong Kong 23-21, 21-15 dalam beregu campuran.

Satu lagi aksi beregu campuran menyaksikan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalahkan Huaidong Tang-Jodee Vega dari Australia 21-9, 21-8.

Soniia Cheah menumpaskan rakan senegara yang juga juara remaja dunia, Goh Jin Wei 21-12, 21-18 dalam perseorangan wanita.

Meneruskan cabaran di Sydney beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menang 21-16, 21-19 ke atas Mahiro Kaneko-Yunosuke Kubota dari Jepun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini