Liverpool lepaskan Sturridge, Moreno - Utusan Malaysia

Liverpool lepaskan Sturridge, Moreno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jurgen Klopp menyifatkan Daniel Sturridge sebagai ‘pemain Liverpool terhebat pada era moden’ selepas penyerang England itu disahkan bakal meninggalkan Anfield.

Selain Sturridge, Liverpool semalam turut mengumumkan pertahanan Sepanyol, Alberto Moreno juga akan meninggalkan mereka selepas kontrak kedua-dua pemain tamat hujung bulan ini.

Sturridge, 29, berpindah ke Merseyside dari Chelsea pada Januari 200, dan sejak itu dia telah meledak 67 gol daripada 160 penampilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Moreno pula menyertai Reds dari Sevilla pada Ogos 2014, dan telah beraksi dalam 141 perlawanan dan menjaringkan tiga gol.

“Saya hanya ada satu perkataan untuk ditujukan kepada dua pemain hebat ini ‘terima kasih’.

“Mereka sudah ada di sini ketika saya tiba, dan sepanjang tempoh itu, sama seperti pemain lain mereka bekerja keras untuk mengukuhkan pasukan dan membawa kami ke landasan terbaik.

“Alberto seorang pemain yang sentiasa positif dan bersemangat. Saya percaya dia mampu kembali ke pangkuan skuad kebangsaan Sepanyol jika diberi lebih banyak minit beraksi.

“Daniel pula berhak dianggap pemain terhebat Liverpool pada era moden. Beberapa gol yang dijaringkan buat Liverpool sangat..sangat penting.

“Saya doakan kejayaan da kegembiraan mengiringi karier mereka. Mana-mana pasukan yang akan mendapat khidmat mereka selepas ini sangat bertuah,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini