Peniaga bazar ditahan hina polis trafik dengan perkataan lucah - Utusan Malaysia

Peniaga bazar ditahan hina polis trafik dengan perkataan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang peniaga bazar ditahan kerana mengeluarkan perkataan lucah ke atas anggota polis trafik apabila dia disaman atas pengabaian isyarat lalu lintas di Jalan Pasar Taiping semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.29 tengah hari ketika tiga anggota polis berpangkat sarjan dan seorang berpangkat koperal sedang menjalankan tugas kawalan lalu lintas di kawasan bandar Taiping.

Beliau berkata, saman dikeluarkan ke atas sebuah kereta atas kesalahan pengabaian isyarat lalu lintas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila anggota polis mengenakan saman, lelaki berusia 18 tahun itu tiba-tiba telah mengeluarkan perkataan ‘pundek’.

“Semasa perkataan itu diucapkan, ia jelas didengari oleh dua anggota polis tersebut yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

Sehubungan itu katanya, lelaki berkenaan telah ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk tindakan selanjutnya selain satu salinan Borang Seksyen 28 A Kanun Prosedur Jenayah telah diserahkan kepadanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini