Sambut Aidilfitri dalam kesyukuran, kesederhanaan - Aminuddin - Utusan Malaysia

Sambut Aidilfitri dalam kesyukuran, kesederhanaan – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Umat Islam diingatkan agar meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, budaya ziarah-menziarahi yang merupakan amalan turun-temurun juga perlu diteruskan sepanjang perayaan tersebut.

“Semoga hari raya ini memberi makna yang besar buat kita. Raikanlah hari raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Budaya ziarah- menziarahi merupakan adat yang sungguh istimewa dan turun-temurun di negeri yang kita cintai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ziarahilah ibu bapa kita, ziarahilah adik-beradik kita, ziarahilah keluarga kita dan jiran tetangga kita terutamanya yang lebih tua daripada kita,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya menjelang perayaan tersebut.

Dalam pada itu, Aminuddin menjemput seluruh masyarakat di Negeri Sembilan untuk sama-sama meraikan rumah terbuka kerajaan negeri yang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini pada 15 Jun nanti.

Katanya, majlis akan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 4 petang dan pelbagai juadah akan dihidangkan untuk dinikmati orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini