Wanita maut dalam perjalanan pulang ke kampung - Utusan Malaysia

Wanita maut dalam perjalanan pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Perjalanan pulang ke kampung bagi lima sekeluarga berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 343 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Sungai Pasu di Raub hari ini. 

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pada kejadian pukul 5 pagi tadi, mangsa Zunita Mohd Junit, 42, yang berasal dari Felda Tembangau Satu di Bera, dekat sini maut selepas tersepit di tempat duduk pemandu. 

Kemalangan menyebabkan suami mangsa, Ibrahim Nawawi, 42, yang turut tersepit di tempat duduk penumpang hadapan parah manakala tiga anak perempuan mereka yang berusia antara 11 hingga tiga tahun yang berada di belakang tidak cedera.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu mangsa terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam longkang. Mangsa dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk. 

“Mangsa dimaklumkan mengambil alih tugas memandu apabila mereka berhenti di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) kerana suaminya mengantuk selepas memandu dari Kota Bharu,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini. 

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini