BSN wujudkan 350,000 akaun isteri pemohon BSH - Utusan Malaysia

BSN wujudkan 350,000 akaun isteri pemohon BSH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Berita baik kepada lebih 300,000 penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang bayaran BSH mereka tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah berjaya mewujudkan hampir 350,000 akaun bank baharu secara automatik mulai semalam atas nama isteri pemohon BSH.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan memaklumkan, penerima berkenaan boleh hadir ke cawangan BSN bagi urusan pengaktifan akaun dan seterusnya pengeluaran tunai daripada akaun mulai hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti yang telah diumumkan pada 31 Mei lalu mengenai pembayaran fasa kedua BSH 2019, daripada 3.6 juta isi rumah yang diluluskan BSH 2019, terdapat 0.3 juta penerima yang tidak dapat dikreditkan bayaran BSH ke dalam akaun bank.

“Sebab utama bayaran gagal dikreditkan adalah nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat. Ini terbangkit apabila antaranya pemohon mengisi nombor akaun bank suami dalam ruang untuk diisikan nombor akaun bank isteri,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini