THE HAGUE 3 Jun – Pegawai tinggi Kesatuan Eropah (EU) dan pihak berkuasa anggota negara sepatutnya didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan berikutan ribuan migran yang lemas di Laut Mediterranean, jelas peguam-peguam antarabangsa hari ini.
Peguam tersebut berpangkalan di Paris membentangkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersama 245 muka surat terperinci yang diserahkan kepada pejabat Ketua Pendakwa Raya, Fatou Bensouda.
Maklumat itu memberikan ‘bukti cukup pegawai EU dan negara anggota dengan jenayah terhadap kemanusiaan komited mengikut polisi imigresen EU di Mediterranean dan Libya’ sejak 2014.
Lebih 12,000 orang maut sejak 2014 ketika cuba melarikan diri dari Libya ke Eropah dalam apa dikatakan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘merentasi laut paling berbahaya di dunia’.
Peguam-peguam itu mendakwa bagi memastikan sempadan Eropah selamat, EU berpendirian bagi ‘polisi migrasi berdasarkan pencegahan bertujuan untuk mengorbankan nyawa migran di lautan’.
Objektifnya supaya jangan ada dalam situasi sama mencari perlindungan di Eropah yang mana dinyatakan dalam penfailan kes itu. – AFP











