Bukan Liverpool sahaja pencabar EPL musim depan - Guardiola - Utusan Malaysia

Bukan Liverpool sahaja pencabar EPL musim depan – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pep Guardiola berkata Manchester City akan berdepan cabaran lebih getir musim depan, sambil memberi amaran kepada anak-anak buahnya bukan hanya Liverpool akan menjadi pesaing terdekatnya.

City menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dengan berkelebihan satu mata di depan Liverpool di tempat kedua pada perlawanan terakhir kempen tersebut.

Selain EPL, City turut merangkul gelaran Piala Carabao dan Piala FA untuk melengkapkan kemenangan treble domestik England.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Guardiola, Tottenham Hotspur juga antara pasukan yang bakal mencabar kedudukan skuad Citizens musim depan selepas mereka muncul naib juara Liga Juara-Juara.

“Kami akan mempunyai musuh yang menakjubkan, tetapi bukan Liverpool sahaja, ada lima lagi pasukan yang kuat dan sebab itu EPL sangat mencabar.

“Musim depan kami akan mengharungi dan kita lihat apa yang bakal berlaku,” kata bekas pengurus Barcelona itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini