Tarekat Naqsyabandiah sambut Aidilfitri awal - Utusan Malaysia

Tarekat Naqsyabandiah sambut Aidilfitri awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Jun – Golongan pengamal ajaran tarekat Naqsya­bandiah di Kota Padang, Suma­tera Barat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih awal hari ini.

Lapor portal Tempo, golo­ngan berkenaan sudah bertakbir Aidilfitri malam semalam.

Menurut Imam Mushalla Baitul Makmur, Syafri Malin Mudo, semalam merupakan hari terakhir golongan terbabit ber­puasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah selesai menunaikan solat Isyak, kami bertakbir bersama jemaah lain,” katanya.

Terdahulu, golongan tersebut berpuasa pada 4 Mei, dua hari awal berbanding tarikh umat Islam seluruh dunia berpuasa.

Jelas Syafri, penentuan tarikh satu Ramadan telah dihitung sejak bulan Rejab atau 8 Mac lalu.

Tambah beliau, golongan tarekat Naqsyabandiah menggunakan kaedah hisab dan rukyah.

Selain itu, Syafri menyatakan tarekat Naqsyabandiah bukan sahaja berada di Kota Padang tetapi juga di pelbagai kota dan wilayah sekitarnya seperti Kota Solok, wilayah Solok dan pesisir selatan.

Beliau memberitahu, terdapat puluhan masjid dan surau yang menjadi pusat beribadat golongan tarekat Naqsyabandiah di Padang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini