LONDON – Hugo Lloris menyifatkan Tottenham bermain seperti ‘malu-malu’ ketika tewas 0-2 di pentas akhir Liga Juara-Juara kepada Liverpool, hari ini.
Salah menjaringkan gol antara terpantas dalam sejarah Liga Juara-juara menerusi sepakan penalti pada minit pertama perlawanan selepas bola terkena tangan Moussa Sissoko.
Penyerang Belgium, Origi, yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Barcelona di peringkat separuh akhir, melengkapkan kecemerlangan Liverpool menerusi sepakan lerek.
“Ia sungguh menyakitkan apabila tewas dalam perlawanan penting sebegini.
“Sangat sukar untuk memulakan kempen dengan acara sebegini, namun kami berjaya bangkit, kami bermain dengan prinsip tersendiri.
“Kami main seperti malu-malu, sebelum bangkit pada 15 minit terakhir. Ia memalukan.
“Kami cuba melakukan apa yang biasanya kami lakukan tetapi bukan mudah untuk menghalang Liverpool,” kata Lloris.- AGENSI











