Pestans rai 19 bekas pemain sepak takraw Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Pestans rai 19 bekas pemain sepak takraw Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seramai 19 bekas pemain sepak takraw diraikan oleh Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans) dalam majlis berbuka puasa di Senawang dekat sini malam tadi.

Presidennya, Wan Mohd. Husni Abdullah berkata, mereka terdiri daripada bekas pemain sejak era 60-an dari negeri ini yang banyak memartabatkan sukan itu di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Katanya, antara legenda tersebut ialah Datuk Mohd. Markhaza Mohd. Sharif, Idris Baba, Badarudin Abd. Razak, Mohd. Salim Omar, Syed Munawar Syed Jaafar, Hamzah Salehan, Nasrudin Mohd. Saed, Mahmod Alias, Fouzee Aziz, Ishak Ismail dan Mahat Adnan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah kali pertama bekas-bekas pemain dikumpulkan dalam majlis seperti ini yang bertujuan mengenang jasa dan sumbangan mereka kepada sukan sepak takraw.

“Banyak ilmu dan pengalaman boleh dikongsi dengan pemain-muda muda hari ini terutama dari segi disiplin yang menjadi perkara nombor satu bagi mereka.

“Sebab itu kita lihat mereka masih cergas, kesihatan serta fizikal dalam keadaan baik, malah ada yang aktif bermain sepak takraw walaupun telah mencecah usia 60 hingga 70 tahun,” katanya kepada pemberita di sini.

Wan Mohd. Husni berkata, Pestans juga akan menubuhkan kelab veteran untuk bekas pemain negeri ini sebagai platform merapatkan hubungan serta menjaga kebajikan mereka.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, Pestans turut menerima barangan daripada Gajah Emas yang menaja peralatan rasmi persatuan tersebut selain meraikan rakan strategiknya, McDonald’s. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini