Liverpool mahu lebih banyak gelaran - Utusan Malaysia

Liverpool mahu lebih banyak gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Trofi pertama dalam tujuh tahun buat Liverpool dan kemenangan pertama dalam tujuh aksi akhir buat Jurgen Klopp dan kini pengendali warga Jerman itu optimis lebih banyak gelaran akan dibawa pulang ke Anfield.

Skuad bimbingan Klopp meraih kemenangan penuh bermakna dalam aksi akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Tottenham Hotspur di Madrid dengan keputusan 2-0.

Lebih membanggakan Klopp turut menerima panggilan telefon daripada pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang mengucapkan tahniah kepada dia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiga minggu lalu, The Reds telah dinafikan gelaran Liga Perdana Inggeris oleh City namun kini berjaya mengubat kekecewaan itu dengan meraih gelaran Liga Juara-Juara.

“Kami berjanji akan mendapatkan lebih banyak gelaran dan tidak sabar untuk memulakan kempen pada musim depan.

“Kami akan menempuh segalanya dan kami akan melihat jika mampu mendapatkan sesuatu,” kata Klopp.

Dalam pada itu, pemain tengah, Virgil van Dijk yang dinamakan sebagai pemain saingan akhir terbaik turut berkongsi kegembiraan dirasai.

“Pada Julai ketika kami bermula, semua memulakan aksi dengan kosong dan semua pemain bekerja keras untuk mendapatkan gol.

“Secara jujur memang kami ingin memburu kesemua trofi kerana kami mempunyai pasukan yang mampu melakukannya.

“Diharap pada tahun depan kami mampu memberikan cabaran kepada Manchester City bagi merampas gelaran Liga Perdana Inggeris,” kata Van Dijk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini