Pochettino beri bayangan kekal bersama Spurs - Utusan Malaysia

Pochettino beri bayangan kekal bersama Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Mauricio Pochettino terus mengambil sikap menutup mulut berhubung masa depannya sebagai jurulatih Tottenham Hotspurs selepas pasukannya tewas dalam aksi akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Jurulatih warga Argentina itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Itali, Juventus dan kelab dari Jerman, Bayern Munich namun difahamkan Pochettino akan terus membimbing Spurs untuk beberapa lagi saingan akhir selepas tewas 0-2 di Madrid.

“Apabila merasai pengalaman ini pastinya ia akan membuatkan anda ingin merasainya sekali lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat berharap mampu melakukannya lagi di masa hadapan.

“Semuanya tentang keinginan untuk mencuba, membina dan saya amat berharap ia mampu berulang lagi dalam masa terdekat,” kata Pochettino.

Dalam pada itu. Pochettino berkata, dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung harapan Tottenham sebelum memulakan kempen pada musim depan.

“Kini adalah masa untuk bertenang namun yang pastinya akan ada perbincangan dengan kelab tidak lama lagi.

“Bagi saya sekarang bukan masa untuk bercakap banyak malah saya sedar orang lain akan membandingkan anda dengan pengurus lain namun mereka tidak tahu kami berada dalam projek dan kedudukan berbeza,” kata Pochettino. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini