PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan bermula 1 Julai ini - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan bermula 1 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/ Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Rozee Shaari yang akan memegang jawatan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ Bukit Aman.

“Kekosongan jawatan Mohd. Rozee akan diambil oleh Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), (Perancangan Strategik), Urus Setia KPN Bukit Aman, Datuk Muhammad Azlee Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penolong Pengarah Risikan/Operasi/Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG), Skuad Taktikal Khas 3, JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Gan Tack Guan pula akan menjawat jawatan Penolong Pengarah Narkotik (Tahanan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati menambah, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor, Asisten Komisioner Hamzah Buman pula menjadi Penolong Pengarah (Pembangunan Kerjaya), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman,“Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan) Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali pula bertukar kepada Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Sarawak.

“Pertukaran tersebut turut melibatkan Penolong Pengarah Narkotik (Tahanan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Asisten Komisioner Mit Emong yang akan menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini