Buruh bawa daun ketum 115 kilogram ditahan polis - Utusan Malaysia

Buruh bawa daun ketum 115 kilogram ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI ISKANDAR – Seorang buruh ditahan bersama 115 kilogram (kg) daun hijau dipercayai ketum di Seberang Perak di sini semalam. 

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan polis selepas kereta peronda polis (MPV) mendapati suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, selepas melakukan pemeriksaan di tubuh suspek, anggota tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, pemeriksaan di dalam kereta suspek menjumpai 23 bungkus plastic hitam berisi daun hijau disyaki daun ketum yang dianggarkan beratnya berjumlah 115 kg yang disimpan di dalam but belakang kereta.

“Suspek dan bungkusan tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohamad Zainal, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 4 Jun depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini