LONDON 1 Jun – Bekas penjaga gawang England, Robert Green mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada usia 39 tahun.
Green menjadi sebahagian daripada skuad Chelsea ketika menjuarai Liga Europa selepas menundukkan Arsenal di Baku.
Penjaga gol itu merupakan pilihan utama skuad England semasa Piala Dunia 2010 tetapi diketepikan selepas melakukan tiga kesilapan ketika berdepan Amerika Syarikat.
Green menyertai Chelsea secara percuma tahun lalu selepas meninggalkan Huddersfield tetapi tidak melakukan penampilan kompetitif bersama The Blues.
“Selepas aksi yang cemerlang di Baku dan karier yang menakjubkan sepanjang 23 tahun, saya mengambil keputusan untuk berasara
“Menjadi sebahagian daripada Chelsea untuk meraikan kejuaraan Liga Europa adalah penamat yang indah.
“Saya menikmati setiap saat sepanjang bergelar pemain. Saya telah berdepan beberapa barisan pemain terbaik dunia dan ia adalah pengalaman terindah buat saya.
“Terima kasih kepada semua penyokong daripada Norwich City, West Ham, QPR, Leeds United, Huddersfield dan Chelsea.
“Mewakili England merupakan salah satu daripada pencapaian yang membanggakan bagi saya,” katanya.-AGENSI











