Isteri SBY meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isteri SBY meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 1 Jun – Isteri kepada bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) iaitu Ani Yudhoyono dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Lapor Detik News, perkhabaran sedih itu disampaikan oleh ahli politik parti Demokrat, Andi Arief.

Ani menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Nasional (NUH) di Singapura pada pukul 11.50 pagi waktu Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Innalillahi wainnailaihi rojiun. Semoga Allahyarhamah husnul khotimah,” tulis Andi di akaun Twitter miliknya.

Ani telah menjalani rawatan penyakit kanser darah yang dialaminya sejak Februari lalu di NUH. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini