Coutinho menyesal tinggalkan Liverpool? - Utusan Malaysia

Coutinho menyesal tinggalkan Liverpool?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Jun – Pengerusi Liverpool, Tom Werner percaya, Philippe Coutinho menyesali keputusannya meninggalkan Anfield untuk menyertai Barcelona.

Biarpun cuba memujuk Coutinho, Liverpool akhirnya terpaksa akur melepaskan pemain tengah Brazil itu pada Januari 2018, dan bersetuju dengan tawaran 142 juta pound (RM752 juta) yang dikemukakan Barcelona.

Bagaimanapun sejak pemergiannya, Reds berjaya melangkah ke final Liga Juara-Juara dua musim berturut-turut, dan berpeluang menjulang kejuaraan keenam apabila berdepan Tottenham hari ini (3 pagi esok waktu Malaysia).

Memuatkan artikel berkaitan…

Coutinho mungkin telah memenangi beberapa gelaran bersama Barcelona, termasuk trofi La Liga musim ini, namun dia sering diejek penyokong sendiri dan dianggap gagal memenuhi harganya yang tinggi.

Malah, Barcelona yang berdepan desakan peminat dikatakan mahu melepaskan pemain berusia 26 tahun itu kurang dua tahun selepas membelinya pada harga mahal.

“Saya mahu berkongsi cerita tentang Philippe Coutinho.

“Saya hanya mahu bercakap perkara baik-baik tentang Philippe tetapi saya fikir dia meninggalkan Liverpool kerana mahu beraksi buat salah satu daripada dua gergasi bola sepak Sepanyol.

“Kami cuba meyakinkannya, kami juga sedang bergerak ke arah yang betul dan dia berpeluang merasai pengalaman beraksi di pentas besar Liga Juara-Juara jika kekal bersama Liverpool.

“Saya fikir, selepas semua yang berlaku dan melihat perkembangan Liverpool, dia mungkin menyesali keputusannya,” kata Werner kepada akhbar Liverpool Echo.

Menurut Werner, kehadiran Mohamed Salah menjadikan jentera serangan Liverpool antara yang digeruni di Eropah selepas membentuk gandingan mantap bersama Sadio Mane dan Roberto Firmino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini