Farizal Harun, JDT terima padah - Utusan Malaysia

Farizal Harun, JDT terima padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tindakan ganas penjaga gol Selangor, Mohd. Farizal Harun terhadap pemain PKNP FC, Muhamad Al Fateh ketika pertemuan antara Selangor dan PKNP FC pada 18 Mei lalu akhirnya memakan diri sendiri apabila dikenakan penggantungan lima perlawanan, serta denda sebanyak RM5,000.

Hukuman tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan pada 30 Mei sementara dia dikehendaki menjelaskan denda tersebut dalam masa 14 hari waktu bekerja dari tarikh peneriman keputusan itu, selain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Keputusan yang diambil sekali gus menyaksikan Farizal akan terlepas aksi menentang Kuala Lumpur pada 15 Jun, Johor Darul Ta’zim (JDT) (19 Jun), Pahang (25 Jun) serta dua lagi perlawanan yang belum ditetapkan tarikh iaitu menentang Felda United FC dan Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, mesyuarat tersebut juga turut mengambil tindakan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berikutan tindakan penyokongnya membakar mercun roket sebelum dan semasa perlawanan antara JDT dan Pahang di Larkin, pada 14 Mei lalu.

PBNJ diarahkan untuk membayar hukuman sebanyak RM25,000 dalam masa 14 hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan itu, selain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini