PERNAHKAH anda terfikir bagaimana seseorang yang mempunyai kelainan pendengaran menghayati takbir di pagi raya? Malah, suasana pagi raya pasti berbeza tanpanya dan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri juga pasti kurang dirasai mereka kerana tidak dapat mendengar malah mengikuti laungan takbir bersama-sama.
PERNAHKAH anda terfikir bagaimana seseorang yang mempunyai kelainan pendengaran menghayati takbir di pagi raya? Malah, suasana pagi raya pasti berbeza tanpanya dan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri juga pasti kurang dirasai mereka kerana tidak dapat mendengar malah mengikuti laungan takbir bersama-sama.
Tahukah anda, deria pendengaran tidak terbatas kepada telinga sahaja? Malah, melalui perkembangan teknologi, ia mampu membantu umat Islam yang mempunyai kelainan pendengaran untuk ‘mendengar’ dengan mengubah gelombang bunyi menjadi corak cymatic dan membolehkan mereka ‘melihat’ serta ‘merasai’ bunyi melalui getaran haptik.
Diilhamkan daripada keperluan mereka untuk mendengar, Maxis memperkenalkan aplikasi Deria Takbir yang membolehkan komuniti kelainan pendengaran buat pertama kalinya merasai pengalaman bertakbir melalui corak cymatic dan getaran haptik.

Aplikasi Deria Takbir menukar bunyi pada waktu nyata kepada getaran haptik dan corak cymatic untuk membawakan pengalaman paling hampir dengan takbir raya kepada komuniti kelainan pendengaran beragama Islam.
Sepanjang membangunkan aplikasi tersebut, Maxis bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk memahami dengan lebih mendalam masalah dan cabaran yang dihadapi komuniti tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Ketua Bahagian Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, pihaknya ingin mewujudkan suasana hari raya yang cukup bermakna dengan memanfaatkan teknologi terkini supaya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
“Kami mendapati kempen Raya Maxis kali ini amat bermakna berikutan penglibatan ramai pihak untuk menjayakannya seperti pihak iPhone untuk capaian peranti hingga ke MFD yang banyak membantu kami memperoleh maklumat berharga dan Ustaz Mohammad Khairul dengan khidmat nasihat berkaitan Aidilfitri serta semua pihak yang memberi kami inspirasi untuk kempen ini.”
“Selain itu, kami sentiasa mencari inisiatif untuk berkongsi teknologi yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia dan kempen ini adalah salah satu contoh komitmen kami,” katanya.











