Jangan ungkit lagi referendum Aceh - Utusan Malaysia

Jangan ungkit lagi referendum Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 31 Mei – Menteri Pertahanan, Ryamizard Riyacudu menegaskan tidak akan ada satu inci tanah Republik Indonesia yang boleh dipisahkan dari negara ini.

Lapor Republika, sehubu­ngan itu beliau memberi amaran supaya tidak ada pihak yang cuba membangkitkan lagi isu-isu berhubung pemisahan Aceh untuk membentuk negara baharu.

Jelasnya, individu yang mencetuskan kebimbangan rakyat dengan mengungkit isu referendum Aceh perlu berdepan dengan pihaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak akan melepaskan walau satu inci tanah. Jangan cakap mengenai referendum itu lagi.

“Muzakir, tidak ada keperluan untuk ungkit isu ini. Nanti kalau Tentera Nasional Indonesia (TNI) ke sana, pastinya menjaga kedaulatan dan keutuhan negara bersama,” katanya di Kementerian Pertahanan di sini.

Sebelum ini, Ketua Umum Jawatankuasa Peralihan Aceh (KPA), Muzakir Manaf menegaskan, cadangan referendum di Aceh sama ada tetap menjadi wilayah Indonesia atau bentuk negara baharu kedengaran lagi selepas keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres) mendapati gandingan calon Prabowo Subianto-Sandiaga Uno kalah.

Katanya, cada­ngan tersebut berikutan dakwaan Indonesia akan dijajah pihak asing.

Ryamizard yang pernah mengetuai TNI dari 2002 hingga 2005 berkata, Indonesia adalah gabungan dari Sabang hingga Merauke yang tidak boleh ‘dicalar’ oleh mana-mana pihak.

Sebagai reaksi kepada kenya­taan Muzakir, Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Aceh, Fachrul Razi memberitahu, kerajaan perlu memandang serius perkara yang dibangkitkan oleh Pengerusi Parti DPA Aceh itu.

“Apa yang diungkitkan oleh Muzakir itu bukan lagi wahana sebaliknya suara politik yang perlu dijawab mengenai masa depan wilayah Aceh,” katanya.

Sementara itu tokoh ter­kenal Aceh, Muhammad Nazar pula menegaskan, isu referendum tidak seharusnya dilihat sebagai ‘sinetron’ politik.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan isu ini sebagai ‘opera’ politik hanya semata-mata ada pihak yang kalah dan ada pihak yang menang dalam pilihan raya Presiden,” katanya yang juga bekas Koordinator Pusat Informasi Referendum Aceh (SIRA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini