Wanita muda didakwa kurung harimau dalam sangkar kotor - Utusan Malaysia

Wanita muda didakwa kurung harimau dalam sangkar kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MURCHISON, Texas – Seorang wanita muda didakwa melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas tertuduh menyimpan seekor harimau seberat 158 kilogram dalam sangkar kotor di sebuah rumah terbengkalai di Houston baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Brittany Garza, 24, ditangkap polis Houston selepas seorang penagih dadah perempuan menemui haiwan itu di dalam garaj premis berkenaan pada 11 Februari lalu. Penagih dadah itu dikatakan memasuki rumah itu untuk menghisap ganja,

Garza sewaktu digari polis menyatakan dia menjaga harimau bernama Raja dengan baik sejak ia masih kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia adalah keutamaan saya. Setiap hari, siang dan malam, saya memberinya makan. Saya seperti kehilangan anak ketika ini,” kata pemilik haiwan itu kepada stesen ABC13.

Garza mendakwa harimau itu ditempatkan sementara dalam sebuah sangkar dan akan dipindahkan ke sebuah santuari di College Station untuk didiami secara tetap. Bagaimanapun, haiwan itu ditemui individu lain.

Haimau itu dibawa ke santuari perlindungan haiwan Cleveland Amory Black Beauty Ranch di sini selepas diselamatkan.

Seorang hakim pada bulan lalu memutuskan bahawa santuari itu dibenarkan untuk menjaga Raja secara kekal dan mengarahkan Garza membayar kos penjagaan harimau kira-kira AS$12,000 (RM50,360).

Jika Garza disabitkan kesalahan kekejaman terhadap haiwan, dia boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda AS$10,000 (RM42,000).

Menurut laporan, Texas merupakan sebuah negeri di Amerika Syarikat yang membenarkan individu menyimpan harimau. Negeri itu mempunyai populasi harimau kedua terbesar dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini