BERTEMU. Seramai 250 alumni Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan dan Iftar Alumni di Bukit Kiara Equestrian dan Country Resort, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Program tersebut diadakan bagi mengumpul semula bekas pelajar, merai dan melaksanakan sesi lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu untuk Persatuan Alumni KUPTM 2019/2021.
Hadir sama, Naib Canselor KUPTM, Prof. Madya Dr. Darulihsan Abdul Hamid dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar) Dr. Mohd Noor Azman Othman.
Memuatkan artikel berkaitan…
Majlis kemudian menyaksikan Muhammad Uzaimie Mohd. Redzuan dilantik sebagai Yang Dipertua Alumni bagi sesi 2019/2021.











