[VIDEO] TNB sahkan alami gangguan teknikal - Utusan Malaysia

[VIDEO] TNB sahkan alami gangguan teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Selepas beberapa hari didesak, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan syarikat utiliti negara itu mengalami gangguan sistem pengebilan sehingga menyebabkan peningkatan bil eletrik mendadak pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan memberitahu sistem syarikat itu yang mengalami gangguan selama lima hari pada 15 hingga 20 Mei lalu itu telah pun dipulihkan sepenuhnya serta beroperasi dengan lancar.

Amir Hamzah menjelaskan, gangguan itu juga akan menyebabkan sesetengah pelanggan mengalami tempoh pengebilan yang lebih panjang daripada lazim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, kata Amir Hamzah, TNB juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas menangani bil tinggi yang diketuai Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

“Pasukan ini akan memantau dan menyemak semua laporan atau aduan yang diterima. Ia akan dikekalkan sebagai mekanisma sokongan selagi diperlukan.

“Kami juga memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan akibat isu bil tinggi ini. Kami akan berusaha menyelesaikannya secepat mungkin supaya tidak berpanjangan. Atas dasar itulah, kami berharap agar semua pengguna membuat laporan terus kepada kami jika mengalami gangguan,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini