PKR Terengganu, Kelab Budiman Sejahtera Terengganu santuni 156 asnaf di Besut - Utusan Malaysia

PKR Terengganu, Kelab Budiman Sejahtera Terengganu santuni 156 asnaf di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 31 Mei – Seramai 156 asnaf di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu dan Kelab Budiman Sejahtera Terengganu semalam.

Mereka turut menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam majlis yang diadakan di kediaman Ahli Jawatan Kuasa PKR Terengganu, Datuk Dr. Mohd. Johari Mohamad di Alor Lintang itu.

Yang hadir sama, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi Kelab Budiman Sejahtera, Zuraidi Abd. Rahman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Azan dalam ucapannya berkata, semua pihak perlu mengambil perhatian dan sentiasa cakna terhadap nasib golongan asnaf dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni.

Katanya, insiatif itu sekali gus akan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan hari raya Aidilfitri buat keluarga masing-masing.

“Semua pihak perlu berusaha mengecilkan jurang perbezaan supaya kita semua dapat bersatu dan memperbaiki kekurangan yang ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini