[VIDEO] 'Abang Botak' pecahkan cermin dipenjara 12 bulan - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Abang Botak’ pecahkan cermin dipenjara 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 31 Mei – ‘Abang Botak’ yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta Selasa lalu di Seri Kembangan dekat sini terpaksa menyambut Aidilfitri tahun ini di Penjara Kajang.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman 12 bulan terhadap Danial Abdullah Tan, 31, yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan tersebut selepas pertuduhan itu selesai dibacakan.

Majistret Nurshahira Abdul Salim turut memerintahkan lelaki menjalani hukuman tersebut dari tarikh tangkapan iaitu semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, pembantu stor tersebut didakwa melakukan perbuatan khianat menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan Perodua Axia milik Siew Chean View, 58, dengan cara mengetuk dengan topi keledar.

Kesalahan tersebut dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini pada pukul 5.30 petang, 28 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun satu tahun atau denda atau kedua-dua sekali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini