KUALA LUMPUR 31 Mei- Majlis Bandaraya Shah Alam menganjurkan program Jualan Amal 7,000 kilogram (kg) daging lembu kepada orang ramai pada 3 dan 4 Jun ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
MBSA dalam satu kenyataan memberitahu, program dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( Pemadam) Negeri Selangor itu akan berlangsung selama 24 jam.
“Daging lembu dijual dengan harga lebih murah iaitu RM29.50 sekilo berbanding pasaran iaitu RM37 sekilo. Bagaimanapun, ia hanya dihadkan sebanyak 3kg setiap orang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Selain itu, orang ramai diingatkan agar membawa bekas sendiri. Ayam, rempah ratus dan bahan masakan lain turut dijual dalam program amal itu,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











