Serena benam Nara untuk ke pusingan ketiga - Utusan Malaysia

Serena benam Nara untuk ke pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 30 Mei – Serena Williams mempamerkan aksi mantap dengan menyingkirkan pemain yang beraksi di pusingan kelayakan, Kurumi Nara dari Jepun, hari ini, bagi mencerahkan peluangnya untuk menyamai rekod 24 gelaran Grand Slam.

Pemain veteran berusia 37 tahun itu melangkah ke pusingan ketiga selepas mencatat kemenangan straight set 6-3, 6-2 di Gelanggang Philippe Chatrier.

Williams bakal berdepan Sofia Kenin untuk merebut slot 16 terbaik, selepas rakan senegaranya dari Amerika Syarikat (AS) itu mendapat kemenangan percuma ekoran pencabar dari Kanada, Bianca Andreescu menarik diri kerana kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat serius sewaktu saya bermain, tetapi saya gembira,” katanya.

Pertembungan yang bakal menjadi tumpuan pada suku akhir dengan Naomi Osaka, yang terkenal setelah menewaskan Williams pada perlawanan akhir yang berlangsung dramatik di Terbuka AS, mungkin berlaku selepas pemain No. 1 dunia itu menyingkirkan Victoria Azarenka menerusi kemenangan tiga set. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini