Pengurangan kompaun sempena ulang tahun MBPJ - Utusan Malaysia

Pengurangan kompaun sempena ulang tahun MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan kempen bayaran kompaun tertunggak dan semasa bagi kesalahan lalu lintas serta parkir selama sebulan bermula Sabtu ini.

MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, kempen itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-13 pada 20 Jun ini.

“Orang ramai berpeluang membayar kompaun dengan kadar RM10 bagi kesalahan yang dilakukan pada tahun 1999 hingga 2016 manakala sebanyak RM 20 bagi tahun 2017 dan 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kesalahan yang dicatatkan pada awal tahun hingga 30 Jun ini akan diberi diskaun sebanyak RM70 daripada jumlah asal sebanyak RM 100,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut,bagaimanapun, kempen itu tidak melibatkan kes-kes kompaun yang telah didaftarkan ke mahkamah.

“Oleh itu, orang ramai digesa untuk menjelaskan semua bayaran kompaun tertunggak melalui saluran yang disediakan antaranya kaunter pembayaran MBPJ, aplikasi pintar Smart PJ Enforcement, mesin kios MBPJ atau sistem dalam talian,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini