Megat Shahriman dipilih CDM Sukan Para Asean 2020 - Utusan Malaysia

Megat Shahriman dipilih CDM Sukan Para Asean 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan Presiden Persatuan Kanu Malaysia (Masca), Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin sebagai chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Para Asean di Manila pada 18 hingga 25 Januari tahun depan.

MEGAT Shahriman kini mengalas tugas besar apabila dipilih sebagai CDM bagi Sukan Para Asean 2020 di Manila.

Naib Presiden MPM, Datuk R. Subramaniam berkata, pemilihan Megat Shahriman dibuat selepas mendapati beliau menepati ciri-ciri ditetapkan selain turut memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Subramaniam, pelantikan Megat Shahriman itu dibuat selepas menilai keseluruhan tiga calon dalam senarai pendek MPM bagi jawatan berkenaan.

“Cara MPM melakukan pemilihan adalah dengan menghantar surat tawaran kepada semua persatuan dan ahli gabungan kami.

“Mereka akan mengajukan nama calon dan kami menerima sebanyak tiga nama.

“Daripada tiga itu, exco (ahli jawatankuasa) MPM telah memutuskan untuk memilih Datuk Seri Megat Shahriman sebagai CDM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini