Ujian air kencing pemandu treler rempuh 12 kenderaan negatif - Utusan Malaysia

Ujian air kencing pemandu treler rempuh 12 kenderaan negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Ujian saringan air kencing keatas pemandu sebuah treler yang terbabas dan merempuh 12 kenderaan di di Jalan Batang Benar dekat sini petang semalam didapati negatif penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis selepas keputusan ujian saringan air kencing tersebut diketahui.

“Kami telah ambil keterangannya semalam dan melepaskannya dengan jaminan polis selepas ujian saringan air kencing keatasnya didapati negatif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut bagaimanapun masih diteruskan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan kemalangan membabitkan berbelas kenderaan di Jalan Batang Benar dipercayai berpunca daripada sebuah treler membawa muatan air mineral hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, treler dipandu lelaki tersebut dalam perjalanan dari arah Pajam ke Nilai termasuk ke laluan bertentangan lalu merempuh 12 kenderaan lain.

Kenderaan yang dirempuh sebuah kereta Proton Waja, Perodua Kancil, Perodua Myvi, Honda City, Toyota Alphard, Proton Exora, Nissan Almera, sebuah lori Nissan, sebuah motosikal Modenas dan dua buah kereta Proton Saga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini