Jurulatih juga perlu diberi kuasa, sumber - Utusan Malaysia

Jurulatih juga perlu diberi kuasa, sumber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Agihkan kuasa dan sumber di peringkat persekutuan kepada pemegang taruh di peringkat lebih bawah antara cadangan disuarakan barisan jurulatih kebangsaan dalam memajukan lagi arena sukan negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, beberapa jurulatih mahu supaya hal pengurusan sukan tidak dipusatkan secara majoriti kepada peringkat persekutuan.

“Ini bagi membolehkan para pemegang taruh di peringkat lebih bawah memajukan sesuatu sukan itu,” katanya selepas sesi dialog bersama hampir 80 jurulatih daripada pelbagai latar belakang sukan termasuk jurulatih paralimpik di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Steven berkata, para jurulatih yang hadir turut mahu jaminan kebajikan mereka diberi perhatian termasuk mewujudkan biasiswa bagi jurulatih yang ingin melanjutkan pelajaran terutama di peringkat universiti.

“Secara ringkas para jurulatih memohon agar satu pakej kerjaya yang lebih baik dari segi jaminan sosial, penjagaan kesihatan, peluang pendidikan, peluang kenaikan gaji dan sebagainya…ada juga yang memohon kementerian menyediakan pelbagai kemudahan sepertimana disediakan kepada atlet,” katanya.

Katanya, kementerian sentiasa bersedia mendengar dan mengambil maklum permasalahan dihadapi setiap pemegang taruh arena sukan tempatan, justeru sesi dialog sepertimana diadakan hari ini menjadi saturuang interaksi lebih terbuka dan telus antara kedua-dua pihak.

“Kita ambil perhatian dan akan melaksanakan aspek-aspek yang telah dinyatakan itu. Kita faham cabaran yang dihadapi mereka dan kita ingin wujudkan satu persekitaran kerja lebih selesa dan lumayan supaya mereka mempunyai fokus tinggi dalam melatih juara sukan negara,” tambah beliau. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini