‘The Tanker’ kuatkan benteng Penyu - Utusan Malaysia

‘The Tanker’ kuatkan benteng Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 Mei – Pemain pertahanan dari Brazil, Luis Gustavo Camilo akan menyarung jersi pasukan Terengganu FC (TFC) sebagai pemain import terbaharu skuad Penyu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkara itu diumumkan di laman sosial Facebook Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Terengganu Football Club hari ini.

Pemain berusia 27 tahun yang diberi jolokan ‘The Tanker’ itu adalah bekas pemain pasukan Ferroviaria de Arraraquara di Liga Brazil dan akan menggantikan tempat bekas pemain import kelahiran Montenegro, Igor Zonjic.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memulakan karier bersama kelab remaja terkemuka Brazil, Fluminense, sebelum berhijrah ke beberapa kelab lain termasuk Beira Mar dan Estoril di Portugal dan terakhir di Ferroviaria.

“Camilo dijangka tiba di Terengganu Jun ini untuk menyertai latihan sebelum saingan Liga Super disambung semula selepas Aidilfitri,” menurut kenyataan itu.

TFC turut diperkuatkan dengan empat lagi pemain import iaitu Lee Andrew Tuck (England), Kipre Tchetche (Ivory Coast), Sanjar Saakhmedov (Uzbekistan) dan Thierry Chanta Bin (Kemboja).

TFC kini menduduki tangga keenam dalam Liga Super dengan 20 mata selepas 15 perlawanan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini