PRAGUE 29 Mei- Seorang pengawal peribadi secara tidak sengaja melepaskan tembakan di dalam pesawat kerajaan yang membawa Perdana Menteri Czech, Andrej Babis.
Jurucakap Polis Nasional Czech, Lenka Sikorova bagaimanapun mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian tersebut.
Media tempatan melaporkan, insiden berlaku ketika pengawal peribadi itu cuba mengeluarkan peluru daripada pistolnya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Namun, beliau secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah tempat letak makanan.
Ketika kejadian, pesawat tersebut membawa 22 penumpang dan sedang bersiap sedia untuk berlepas.- AFP











