LONDON 29 Mei – Kekasih Loris Karius, Sophia Thomalla menjadi tempat penyokong Besiktas melepaskan rasa geram apabila keretanya diconteng perkataan ‘LOSER’ oleh penyokong kelab Turki itu selepas berang teman lelakinya berminat untuk kekal pada musim depan.
Penjaga gol Jerman itu kini sudah separuh jalan untuk menghabiskan tahun pertamanya apabila dia dipinjamkan kepada Besiktas dari Liverpool selama dua musim.
Difahamkan Karius akan mempertimbangkan untuk menamatkan kontraknya di Istanbul lebih awal selepas mengharungi musim mengecewakan namun, Ahad lalu dia menyatakan minatnya untuk kekal satu musim lagi.
Penyokong Besiktas tidak dapat menerima berita itu dengan baik dan menjadikan model, Thomalla sebagai tempat mereka melepaskan rasa geram.
Thomalla memuat naik gambar di laman sosial dengan kapsyen ‘Na Klasse’ yang bermaksud tiada kelas.
Karius terdesak untuk menaikkan namanya dalam liga Turki selepas gagal membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara pada musim lalu. – AGENSI











