Fokus Mane Liga Juara-Juara bukan Real Madrid - Utusan Malaysia

Fokus Mane Liga Juara-Juara bukan Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 29 Mei – Sadio Mane mengakui, dia pastinya teruja apabila dikaitkan dengan Real Madrid, namun bintang Senegal itu amat gembira bersama Liverpool dan tumpuannya kini adalah cuba membantu mereka merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara.

Sejak beberapa minggu lalu, media Sepanyol melaporkan penyerang Reds itu menjadi sasaran utama Real bersama pemain tengah Manchester United, Paul Pogba.

Mane bakal beraksi di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid, Sabtu ini (3 pagi Ahad waktu Malaysia) apabila Liverpool menentang Tottenham dalam final Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berusia 27 tahun itu meledak 17 gol dalam 24 perlawanan tahun ini, dan dijangka mengetuai jentera serangan Senegal dalam Piala Negara-Negara Afrika di Mesir, hujung bulan depan.

“Ini adalah sebahagian daripada bola sepak (dikaitkan dengan beberapa pasukan), jadi kami kena menghadapinya.

“Bagi saya, perkara paling penting sekarang adalah Liverpool. Saya sangat gembira berada di sini dan bersedia untuk menghadapi satu perlawanan terbesar.

“Sebaiknya kita fokus kepada aksi tersebut dan cuba memenanginya.

“Dikaitkan dengan pasukan seperti ini (Real Madrid) pastinya berita yang menggembirakan tetapi jangan lupa, Liverpool juga adalah kelab besar,” kata Mane.

Mane meledak gol tunggal Reds dalam final Liga Juara-Juara di Kiev musim lalu, malangnya The Reds tewas 1-3 kepada Real. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini