Liverpool tanpa Keita, Firmino disahkan cergas - Utusan Malaysia

Liverpool tanpa Keita, Firmino disahkan cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 28 Mei – Liverpool bakal beraksi tanpa kelibat Naby Keita pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham, hujung minggu ini, selepas pemain tengah itu diketepikan kerana kecederaan.

Keita mula diketepikan sejak minggu terakhir musim Liga Perdana Inggeris, selepas ditimpa kecederaan otot dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

Pemain tengah itu menyertai rakan sepasukannya di Marbella untuk kem latihan menjelang perlawanan akhir, minggu lalu. Namun, Jurgen Klopp mengesahkan, hari ini, bahawa pemain tersebut tidak sempat cergas untuk perlawanan di Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada peluang untuk Naby, tetapi dia menunjukkan kemajuan yang baik,” kata Klopp.

Bagaimanapun, Reds menerima perkhabaran gembira apabila penyerang, Roberto Firmino disahkan akan kembali ke pangkuan pasukan menjelang perlawanan di Wanda Metropolitano.

Bintang antarabangsa Brazil itu tidak beraksi bersama Liverpool dalam empat perlawanan terakhir ekoran ditimpa kecederaan pangkal paha.

Dia mula menyertai latihan bersama skuad bimbingan Klopp sejak beberapa hari lalu dan hari ini, Firmino disahkan cergas sepenuhnya untuk bermain.

“Bobby telah menyertai latihan, minggu lepas dan dia sekali lagi akan berbuat demikian, esok dan Firmino kelihatan berada dalam keadaan baik, jadi, dia akan menjadi sebahagian pasukan untuk perlawanan akhir, itu saya pasti,” kata Klopp.

Mengulas mengenai kedudukannya sebagai pengurus yang sudah dua kali terlepas gelaran Liga Juara-Juara dan aksi hujung minggu ini adalah yang ketiga buat warga Jerman itu, Klopp berkata, dia tidak suka untuk menyalahkan pasukannya sebelum ini.

“Saya sayang mereka semua, tetapi saya tidak pernah memiliki pasukan yang benar-benar bagus untuk perlawanan akhir, itu kebenarannya. Pemain kami kali ini memiliki potensi dan sikap terbaik yang pernah saya saksikan.

“Selepas Barcelona (bangkit dengan kemenangan 4-0 di Anfield), tiada siapa meletakkan kepercayaan kepada pasukan ini berbanding kami sendiri. Kami benar-benar mahukan gelaran pada kali ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini