Samun pengurup wang: Kertas siasatan hampir lengkap - Utusan Malaysia

Samun pengurup wang: Kertas siasatan hampir lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Kertas siasatan melibatkan 13 individu termasuk dua pegawai dan lima anggota polis yang menyamun pengurup wang hampir lengkap.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek sudah direman sebanyak dua kali dan kini dibebaskan dengan jaminan.

“Buat masa sekarang, kesemua yang ditahan telah dibebaskan dan bekerja seperti biasa sementara menunggu kertas siasatan kes mereka lengkap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini saya tidak boleh komen banyak kerana kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kita akan hantar kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen Op Selamat 15 di Suria KLCC, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, dia tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan anggota dan pegawainya.

Jelasnya, kes tersebut juga ibarat satu peringatan kepada yang lain untuk tidak terlibat dengan aktiviti jenayah.

Pada 22 Mei lalu, pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Lans Koperal serta Sarjan itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi bersama empat orang awam kerada dipercayai terlibat menyamun RM200,000 dari pengurup wang.

Difahamkan, kesemua suspek memaklumkan bahawa mangsa ditahan selepas didapati menjalankan kegiatan tukaran mata wang asing tanpa lesen perniagaan sebelum meminta RM200,000 sebagai tawaran menyelesaikan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini