Berhenti panggil Syakilla 'diva' - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Berhenti panggil Syakilla ‘diva’ – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai untuk tidak menggelarkan ratu karate negara Syakilla Salni Jefry Krishnan dengan panggilan ‘diva’.

Katanya, para atlet kita bersedia menerima kritikan membina, tetapi untuk mengelarkan mereka, adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dan hanya akan memberikan tekanan tambahan dalam usaha mereka memperbaiki semula prestasi diri.

Tambah beliau, kadangkala kita perlu memikirkan mengenai susah payah yang terpaksa atlet berkenaan lakukan, bagi mengembalikan prestasi mereka selepas kejatuhan prestasi, atau mengalami kecederaan serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam perjalanan karier setiap orang, akan ada cabaran, tetapi persoalannya ialah bagaimana kita pulih kembali, dan bagaimana kita bantu mereka untuk pulih. Adakah kita akan terus mengutuk mereka hingga satu tahap ia menjadi semakin sukar kepada mereka untuk pulih, atau kita berikan mereka bantuan.

“Saya faham akan kritikan membina perlu diterima dalam persekitaran pertandingan yang kompetetif, tetapi dengan melabelkan atlet kita sebagai diva, saya rasa ia sesuatu yang melampau. Kita tidak tahu apa yang telah beliau lalui sebelum ini, setiap orang lalui masa sukar mereka,” katanya kepada pemberita.

Syed Saddiq menambah yang beliau akan terus berikan sokongan kepada Syakilla, tetapi pada masa yang sama, dia akan terus memantau prestasi atlet berkenaan permintaan beliau untuk berlatih di bawah bekas jurulatih negara Andris Vasilijevs telah diluluskan.

“Akan ada jangkamasa ditetapkan, akan ada KPI yang perlu dipenuhi bagi memastikan pelaburan kerajaan akan berbaloi, tetapi saya yakin jika kita berikan beliau peluang kedua, dia akan mampu berikan yang terbaik,” katanya.

Majlis Sukan Negara (MSN) telah meluluskan permohonan Syakilla semalam dengan syarat, beliau perlu berlatih dalam Lembah Klang, dan menurunkan berat badannya bagi membolehkan beliau bertanding bagi katogeri Bawah 55 kilogram.

Syakila, 26, merupakan salah seorang daripada altet yang berpeluang melayakan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, telah tidak berlatih bersama pasukan kumite di Bukit Jalil di bawah jurulatih Iran Ali Reza Souleymani sejak awal tahun.

Beliau menghadapi masalah untuk mengekalkan berat badannya dan telah tidak menyertai beberapa kejohanan dalam sirkit dunia yang memberikan mata kelayakan Olimpik.

Terdahulu beliau memohon untuk berlatih di bawah Vasilijevs di Latvia, tetapi ianya telah ditolak oleh MSN.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, beliau akan mengambil Vasilijevs untuk kontrak jangka pendek.

Vasilijevs telah dilantik pada tahun 2012, tetapi kontraknya telah tidak disambung oleh Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) selepas kegagalan pasukan untuk membawa pulang pingat emas di Sukan Asia Indonesia 2018. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini