Bantu golongan autistik, Bank Rakyat rangkul anugerah di Taiwan - Utusan Malaysia

Bantu golongan autistik, Bank Rakyat rangkul anugerah di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Inisiatif Bank Rakyat dalam membantu golongan autistik di negara ini ternyata berbaloi apabila mengungguli kategori Pemerkasaan Sosial di Asia Responsible Enterprise Awards 2019 (AREA 2019) di Taipei, Taiwan Jumaat lepas.

Bank Rakyat dalam kenyataannya berkata, pengiktirafan tersebut merupakan penghargaan terhadap pembabitan aktif institusi berkenaan bagi membantu golongan autistik di seluruh negara sejak Oktober 2016 menerusi kempen #AnakKita.

“Sepanjang dua tahun, 100 program telah dianjurkan kepada 20,000 penghidap autisme melibatkan 90 sekolah, persatuan serta individu bagi membantu pembangunan golongan autistik,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sokongan untuk penghidap autisme diadakan dengan pelbagai aktiviti berterusan seperti Autismlympic, terapi bulanan, Sinar Aidilfitri Dari Hati ke Hati dan kemuncak insiatif untuk golongan tersebut adalah menerusi penganjuran Anugerah Autisme Dari Hati ke Hati yang diadakan pada April 2018.

“Menerusi inisiatif ini, Bank Rakyat juga telah mencipta beberapa jenama yang telah dilindungi hak ciptanya seperti #AnakKita, Autismlympic, Autismpreneur, Autismazing dan Autism Buddies,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, pihaknya menghargai pengiktirafan daripada Enterprise Asia yang melihat impak positif terhadap pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang diusahakan mereka kepada perkembangan dan keperluan golongan autistik.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membuat pengesanan dan intervensi awal yang dapat membantu kanak-kanak autistik mencapai tahap perkembangan optimum bagi menjadi individu produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini