Ringgit terus naik mengatasi dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit terus naik mengatasi dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Ringgit terus naik untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas lebih ramai pelabur beralih ke arah mata wang baru muncul termasuk ringgit disebabkan kebimbangan mengenai krisis perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1850/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 yang direkodkan pada Jumaat lepas.

Katanya, data ekonomi lemah yang dikeluarkan oleh AS pada minggu lalu turut menyebabkan kejatuhan dolar AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks Pengurus Pembelian AS (PMI) minggu lepas menunjukkan pesanan bagi barangan modal buatan tempatan menurun mencerminkan bahawa sektor pembuatan dan ekonomi secara amnya semakin perlahan akibat perang perdagangan yang sedang berlaku.

Ringgit, bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura pada 3.0447/0474 daripada 3.0404/0431 yang direkodkan Jumaat lepas dan menyusut nilainya berbanding yen Jepun kepada 3.8226/8268 daripada 3.8178/8216.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3116/3167 daripada 5.3158/3213 dan menokok berbanding euro kepada 4.6839/6889 daripada 4.6844/6894. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini