LHDN santuni penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah - Utusan Malaysia

LHDN santuni penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Sempena kehadiran bulan Ramadan, seramai 35 warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Cheras, Pejabat Pengarah Negeri Putrajaya dan Jabatan Audit Dalam hadir ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Kajang, dekat sini Khamis lalu.

Lawatan yang turut disertai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sekolah Bandar Tun Hussein Onn itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ramadan agensi itu yang diadakan setiap tahun.

LHDN dalam kenyataan berkata, program tersebut juga adalah kesinambungan kepada Projek Ternakan Ikan Air Tawar di pusat jagaan tersebut yang bermula sejak 2015.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wan Azni Wan Hassan dan diikuti dengan tazkirah ringkas daripada pensyarah UKM, Prof. Datuk Noraziah Mohd. Awal.

“Dalam program kali ini, sumbangan berbentuk wang tunai hasil kutipan daripada para pegawai serta untung hasil jualan ikan talapia, barangan keperluan harian, anak ikan serta palet diserahkan,” katanya.

Pusat Jagaan Al-Fikrah menempatkan kira-kira 70 penghuni yang terdiri daripada individu tanpa waris, orang kurang upaya (OKU), warga emas, saudara baharu dan bekas pesakit hospital.

Dalam program itu juga diadakan acara melepaskan 2,000 ekor anak ikan talapia ke dalam kolam oleh tetamu yang hadir bersama wakil pusat jagaan itu.

Turut hadir, Pengarah LHDN Cawangan Cheras, Nasruddin Mat Nasir dan Pengarah Bahagian Jabatan Audit Dalam LHDN, Shamsul Zahuri Johari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini