AS tidak mahu ‘perubahan rejim’ di Iran - Utusan Malaysia

AS tidak mahu ‘perubahan rejim’ di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 27 Mei – Amerika Syarikat (AS) tidak mahu ‘perubahan rejim’ di Iran biarpun ketegangan di Asia Barat semakin memuncak, menurut Presiden Donald Trump hari ini.

Channel News Asia melaporkan, Trump menyatakan bahawa Iran mempunyai ‘peluang untuk sebuah negara yang lebih baik dengan kepemimpinan yang sama’.

“Kami (AS) bukan ingin menukar rejim di Iran. Saya ingin jelaskan bahawa kami tidak ‘memburu’ senjata nukelar di negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya Iran berminat untuk membuat perjanjian dan percaya akan ada peluang untuk itu,” katanya.

Trump juga memaklumkan bahawa Washington bersedia untuk berbincang sekiranya Teheran juga bersedia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini