Dua lelaki Thailand ditahan bawa ketum 280kg - Utusan Malaysia

Dua lelaki Thailand ditahan bawa ketum 280kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP 27 Mei – Dua lelaki warganegara Thailand yang membawa daun ketum seberat 280 kilogram dengan sebuah kereta ditahan polis di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kuala Nerang, di sini tengah malam tadi.

Kejadian pada pukul 12 tengah malam itu berlaku selepas polis yang membuat rondaan menemukan kenderaan jenis Hyundai Getz dinaiki dua suspek berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noh Idris berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu menjumpai 28 plastik hitam di bahagian but dan tempat duduk belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua daun ketum tersebut dianggarkan bernilai RM8,400.

“Kedua-dua suspek berusia 56 dan 40 tahun yang beralamat di Satun, Thailand kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 303(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noh, ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek juga bebas dadah dan mereka juga tidak memiliki sebarang rekod lampau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini