Pemuda maut motosikal dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Pemuda maut motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta di Kilometer 3 Jalan Kelubi – Jasin di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12. 45 tengah malam itu, mangsa, Syahid Jamaluddin Idris meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Jasin ke Kelubi.

Memuatkan artikel berkaitan…
Syahid Jamaluddin Idris
Syahid Jamaluddin Idris 

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 36 tahun berkenaan cedera di dada dan tangan kiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.“Setiba di tempat kejadian, penunggang motosikal terbabit telah dirempuh sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah bertentangan yang telah hilang kawalan.

Katanya, pemandu yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa juga telah dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini