Klopp jurulatih terbaik bagi saya - Benteke - Utusan Malaysia

Klopp jurulatih terbaik bagi saya – Benteke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mei – Penyerang Crystal Palace, Christian Benteke memuji Jurgen Klopp walaupun pengurus Liverpool itu ‘membuangnya’ selepas mengharungi satu musim yang hambar.

Benteke menyertai skuad Reds dari Aston Villa apabila Brendan Rodgers menandatanganinya dengan nilai 3.25 juta pound (RM173.32 juta) pada musim panas 2015.

Klopp kemudian menggantikan Rodgers pada Oktober ketika pemain kebangsaan Belgium itu setahun di Merseyside. Klopp bagaimanapun menerapkan taktikal berbeza menyebabkan penyerang tersebut sering memanaskan bangku simpanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada ketika Klopp dan Liverpool sedang giat menjalani latihan bagi menghadapi final Liga Juara-Juara, Benteke sebaliknya mengakui dia tidak mencemburui atau terasa dengan reputasi bekas kelabnya itu.

“Klopp merupakan pengurus terbaik yang pernah saya miliki, meskipun saya jarang beraksi ketika di bawah bimbingannya.

“Dia mahukan pemain pantas berada di bahagian serangan, saya faham dengan keputusannya,” kata Benteke.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini