Pelajar UiTM derita kanser meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelajar UiTM derita kanser meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM- Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sebelum ini menderita kanser buah pinggang tahap empat, Fildati Amalina Amir Shariffuddin, 19, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 2.30 pagi tadi. 

Pelajar semester kedua jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan di Kampus Alor Gajah, Melaka itu enghembuskan nafas terakhir di sisi ibu, Fartini Sulidjan, 49 dan dua kakak, Nor Amira, 24 dan Siti Nabilah, 22.

Nor Amira berkata, dia sekeluarga reda dengan pemergian Fidlati Amalina atau mesra dipanggil 
Kak Lin itu selain menzahirkan penghargaan kepada semua yang memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum Kak Lin menghembuskan nafas terakhir, riak mukanya cukup tenang dan tidak menunjukkan sebarang kesakitan meskipun terpaksa menjalani pelbagai rawatan.

“Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Kampung Baru di sini untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Baru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum melaporkan Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik itu terpaksa menangguhkan pengajian di UiTM selepas kesihatannya semakin menurun akibat kanser buah pinggang tahap empat dialami sejak dua tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini