KUALA LUMPUR 27 Mei – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Mukim Setapak semalam menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk dan mengagihnya kepada orang ramai.
Program agihan di Medan Selera Maza, bersebelahan dengan Masjid Zakaria Gombak Utara yang bermula pada pukul 4 petang itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Program memasak secara gotong-royong yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu berjaya mengagihkan kira-kira 700 bekas bubur lambuk diedar kepada penduduk setempat. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…










