Barangan percuma untuk golongan miskin, asnaf di Masjid Ibnu Khaldun - Utusan Malaysia

Barangan percuma untuk golongan miskin, asnaf di Masjid Ibnu Khaldun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Masjid Ibnu Khaldun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi di sini menyediakan pelbagai barangan keperluan percuma kepada golongan yang memerlukan melalui program Gerobok Rezeki.

Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi masjid itu, Raja Idris Raja Hamid berkata, Gerobok Rezeki merupakan inisiatif ahli jawatankuasa masjid untuk membantu golongan asnaf dan miskin dengan menyediakan barang-barang asas seperti beras, tepung, susu, minyak dan gula.

“Mereka yang tidak berkemampuan atau mengalami masalah kewangan terutamanya penduduk di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak boleh datang ke masjid ini pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang setiap hari untuk mendapatkan bantuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sumbangan daripada orang ramai yang kita agihkan ini diharap ia dapat membantu mengurangkan beban golongan berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini